Bab 2 // Mod Disiplin
QUEST_ACTIVE // PHASE_04
Putri menyediakan sarapan untuk ibu
Panel 1 // 06:00 AM

PUTRI:

"Ibu... Sarapan Putri dah siapkan, nanti ibu jangan lupa makan ya? Pakaian bersih ibu pun putri dah letakkan dalam almari."

IBU:

(Hanya tersenyum dan menganggukkan kepala, kelihatan sangat gembira melihat perubahan sikap positif pada Putri)

Seminggu selepas keluar dari hospital, tiada lagi Putri yang malas dan bangun lewat. Selesai menguruskan ibunya, dia menyarung pakaian sukan lengkap dan mengikat kemas tali kasut lariannya. Tiada lagi istilah berkaki ayam. Dia membuka aplikasi SasaTech dengan tenang, bersedia mental dan fizikal.


Putri menganalisis peta tugasan
Panel 2 // 08:00 AM

[DAILY QUEST: PEMBERSIHAN SISA ELEMEN]

Tugasan: Menghapuskan 5 Smoke Mites (Raksasa Asap Kecil)

Lokasi: Pencabang Elektrik Seksyen 7, Shah Alam

Ganjaran: +30 Bronze Coins

PUTRI (MERANCANG LALUAN):

"Seksyen 7... kalau aku naik motor ikut jalan pintas belakang kilang, 15 minit boleh sampai. Aku kena setelkan ni dengan cepat untuk elakkan sebarang pembaziran masa."


Putri menangkap smoke mites
Panel 3 // Medan Tempur

Tiba di lokasi, Putri memerhatikan keadaan sekeliling dan mengambil kira setiap kemungkinan. Tiada lagi rasa panik atau takut. Apabila *Smoke Mites* mula menyerang, dia menarik nafas dalam-dalam, mengaktifkan gred kuasanya, dan mengawal kepulan asap dari tangannya untuk memerangkap raksasa tersebut dengan kemas dan pantas.

Satu demi satu makhluk itu berjaya ditangkap. Segalanya berjalan lancar sehingga kesemua 5 Smoke Mites itu tumpas sepenuhnya. Dia benar-benar belajar daripada kesilapan lalu.

[INFO: QUEST BERJAYA // DATA DIKEMAS KINI]

Kebolehan elemen asap baharu telah dibuka:

• SMOKE BIND & SMOKE SCREEN •