Tubuh Putri sudah berada di paras had amaran. Dia jatuh tersembamb ke bumi, matanya terbuka kosong memandang ratusan ular dimensi yang sedia menerkam. Tangan, kaki, dan badannya langsung tidak berdaya untuk bangkit lagi. Putri hanya mampu berserah... Redha jika degupan jantungnya terhenti sekarang.
Tepat pada saat sifar, satu pusaran angin gergasi menyedut keluar seluruh alam dimensi tersebut. Apabila Putri mencelikkan mata buat seketika, tiada lagi ular besi. Dia hanya melihat tab mandi dan pili air yang terpasang di tandas rumahnya. Pandangannya kabur, sebelum segalanya bertukar menjadi gelap gelita.
IBU:
"Putri... Alhamdulillah, syukur anak ibu tak apa-apa. Risau ibu tengok kamu pengsan kejang dalam bilik air tadi..."
PUTRI:
(Hanya terdiam, memandang wajah ibunya yang pucat menahan sakit sendiri demi menjaganya)
Jam menunjukkan pukul 8:20 malam apabila Putri sedar. Ibunya menceritakan bagaimana dia terpaksa gagahkan diri menelefon ambulans selepas menemui Putri tidak sedarkan diri. Air mata Putri tumpah. Dia berasa sangat kesal kerana kecuaiannya telah menyusahkan ibunya yang sedia sakit kronik.
// SUBJEK RESOLUTION LOCKED //
"Aku takkan ponteng lagi. Mulai hari ni, apa sahaja Quest yang sistem ni bagi... aku akan selesaikan!"