Imbas Kembali
Bayang-Bayang Silam
Takdir seakan-akan enggan memberi muka. Sesaat selepas ingatan tentang ayahnya pudar, ujian berat melanda. Ketika Putri baru berusia 10 tahun, penyakit misteri yang dihidapi ibunya meroncat teruk, mengheret kehidupan mereka ke kancah kemiskinan yang menghimpit.
Namun, badai sebenar melanda dua tahun kemudian. Pada usia Putri 12 tahun, Pak Cik Salimi (lelaki yang menjadi tunjang kekuatan dan pengganti selayaknya seorang ayah) tewas kepada penyakit misteri yang sama. Kehilangan itu meninggalkan lompang besar, sekaligus menyemai benih ketakutan dalam dada Putri: adakah ibunya juga akan pergi dengan cara yang sama?
Menyedari penyakit itu tiada ubat, Putri yang sekecil 12 tahun terpaksa mematangkan diri sebelum waktu. Dia mula keluar mencari wang sendiri demi kelangsungan hidup ibunya dan dana masa depan. Mengangkat barang, membersihkan laman, apa sahaja kerja yang halal dan terdaya oleh kudrat kecilnya, pasti akan digalas tanpa rungutan.