Bilik server lama diaktifkan secara misteri

Lokasi Dirahsiakan

Pusat Data Luar Kuala Lumpur

Pada saat yang sama di suatu tempat yang terpencil, sebuah bilik komputer yang telah bertahun-tahun ditinggalkan usang tiba-tiba bergegar kecil. *PING!* Satu bunyi gema nyaring memecah keheningan malam apabila sebuah pelayan induk (*server*) diaktifkan secara automatik dari dalam pusat simpanan data kecil di pinggir Kuala Lumpur. Lampu-lampu LED pada rak server mula menyala dan berkelip ganas.

01001001 01001110 01001001 01010100
SYS_LOAD: CORE_ELEMENTAL_PRIMARY_RESONANCE_INIT... [OK]
CONNECTING TO SASAFOOD_API_GATEWAY via FREQ_99.4HZ... SUCCESS.
------------------------------------------------------------
▶ SYSTEM_MEMO:

Super Software sedang di bangunkan.

Sedang menambah baik ciri-ciri Prime terunggul.

Memasukan unsur kuasa elemental.

Sedang memastikan sistem dapat berfungsi pada pengguna.

Sistem sepadan, pengguna layak untuk menerima sistem.

Menghidupkan Supersoftware Prime...

⚠️ Supersoftware aktif & dilancarkan ke gelombang frekuensi global

Kaca skrin tebal yang cembung itu memancarkan radiasi hijau yang kuat ke segenap dinding bilik yang berhabuk. Di atas skrin, baris demi baris kod atur cara diproses dengan kelajuan yang tidak masuk akal. Tanpa disedari sesiapa, sebuah frekuensi tenaga murni berkuasa tinggi telah dilepaskan ke udara, memancar merentasi rangkaian telekomunikasi dan mensasarkan satu titik koordinat yang tepat: **Rumah flat Putri.**