Putri memilih ganjaran sistem SasaTech

Fasa Ganjaran

Pilihan Strategik

Sebaik sahaja raksasa tanah itu hancur menjadi debu, portal dimensi di udara mula tertutup rapat. Angin malam bertiup kencang, membersihkan sisa kabus tebal dan habuk yang terampai. Putri membongkok melepaskan lelah yang amat sangat. Rasa sakit di kakinya mula beransur pulih secara perlahan berkat pemulihan stamina sistem. Atas bantuan aplikasi kereta sewa, Putri akhirnya berjaya pulang ke rumah dengan selamat.

🎁 KOTAK PILIHAN GANJARAN TAMBAHAN

Sila pilih satu (1) item ganjaran di bawah untuk meneruskan:

☕ OPTION A: TEH HERBA MURNI

Kesan: Memulihkan 100% kecederaan fizikal dalaman dan luaran serta-merta (Menyembuhkan kaki parah).

⚔️ OPTION B: SENJATA ELEMENTAL ASAP

Kesan: Membuka kunci senjata pemula yang boleh disatukan dengan manipulasi kabus asap.

>> [Status: Pilihan disimpan dalam storan mental subjek]

Putri bergelak tawa bersama ibunya di rumah

Rumah Flat

Selamat Di Sisi Ibu

Ibu
"Alhamdulillah Putri dah balik... Kenapa dengan baju ni? Comot sangat ni, apa dah jadi? Motor mana?"
Putri
"Tak ada apalah ibu, Putri jatuh sikit je tadi sebab terlanggar anjing tanah melintas. Motor tu esok Putri hantar bengkel untuk repair. Tak ada apa yang seriuslah, jangan risau key..."
Ibu
"Anjing tanah? Ada-ada je lah kamu ni Putri... Anjing tu anjing je lah, mana ada anjing tanah."

Mereka berdua ketawa bersama sambil menikmati hidangan makan malam yang ringkas. Selesai semuanya reda, Putri masuk ke dalam bilik tidurnya. Suasana kembali sunyi. Dia duduk di birai katil lalu memanggil semula skrin hologram SasaTech untuk meneroka sistem itu dengan lebih mendalam.

⚠️ NOTIFIKASI: TUGASAN HARIAN MANDATORI (DAILY QUEST)

1. Jogging Laluan Shah Alam: 0 / 5 Kilometer

2. Latih Tubi Fizikal (Tekan Tubi): 0 / 50 Kali

3. Latihan Meditasi Elemen Asap: 0 / 20 Minit

[AMARAN: Kegagalan melengkapkan tugasan sebelum jam 12:00 tengahari besok akan dikenakan penalti/denda misteri.]

Putri (Bisikan Hati)
"Emm... ada pulak arahan suruh aku completekan tugasan harian ni. Kalau tak siap kena denda? Apa punya sistemlah macam ni... Dah la kena jogging, latih tubi bagai. Ahh, penatlah! Nanti-nanti je lah aku buat."